iLovePalestine.com

Kenapa Umat Bercakaran?

Perpecahan umat islam di malaysia khususnya timbul dan berlarutan kerana perbezaan pendapat dan fahaman politik.Akibatnya timbul penentangan dan ketidaktentuan  yang menjerumuskan kita untuk bertelagah sesama sendiri.Apa faedahnya kita berbalah sesama sendiri? apa yang kita hendak kejar ? apa yang kita nak cari ?.Apakah mereka yang sudah mewah, rezeki melimpah ruah masih lagi menganggap diri mereka miskin ?Kenapa para ulama  sama ada di dalam bukan kerajaaan tidak boleh bersatu ,tidak boleh bermuafakat demi kebaikan bersama.

Islam itu adalah milik muslim,sama ada orang itu ahli politik,pemimpin negara,pemimpin masyarakat,sama ada dia berkulit putih atau hitam,artis,polis,tentera dan pembantu am pejabat( macam saya ni!!).Jika dia muslim,maka islam itu adalah haknya dan miliknya dan semua  muslim wajib menjaganya bersama.Sejarah menerangkan para iman mazhab kita pun berselisih pendapat dan  pandangan.Walau pun begitu iman-iman mazhab tidak pernah menyalahkan atau menghina antara satu sama lain,sebaliknya saling menghormati  dan sama-sama menyumbang dalam mengembangkan islam.Hadis juga tidak melarang kita berbeza pendapat tapi melarang kita berpecah belah.

Ada baiknya tokoh agama di negara kita sama ada di dalam atau luar kerajaan menghentikan perbalahan dan pertikaian yang telah lama berlarutan dan tidak memberi faedah kepada muslim islam di malaysia dan merugikan kita sendiri,sebangsa dan seagama.Ketegangan yang ada jangan diburukkan lagi bahkan persamaan dan penyelesaian  yang harus kita cari,bukannya perbezaaan yang patut kita besar-besarkan.

TIDAK ADA KEMENGAN TANPA KEKUATAN.TIDAK ADA KEKUATAN TANPA KESATUAN DAN TIDAK ADA KESATUAN TANPA SILATURAHIM…

Tags: , ,

Leave a Reply

  • 1
  • ...
  • ...
  • 0

Langgan Berita Hot

Sila masukkan email anda jika anda ingin berita terkini dari KongsiBlog.com dihantarkan terus ke email anda:

Delivered by FeedBurner

VIP MyBlogLog

Nampak Pelik

Best viewed using Mozilla Firefox with resolution 1024 x 768. Spreadfirefox Affiliate Button

Ads By

Utiliti