Satu Qiblat Yang Sama

Sejak akhir-akhir ini banyak isu yang mencabar umat islam khusunya.Mengapa perkara sebegini berlaku dalam masyarakat islam.Ajaran islam tidak mengajar umatnya bertindak sedemikian.Sayu hati bila melihat umat islam bertelagah sesama sendiri.

Marilah kita sama-sama merenung seketika dengan lirik lagu Satu Qiblat Yang Sama yang di nyanyikan oleh kumpulan nasyid tanah air iaitu Rabbani.

Tajuk Lagu :Satu Qiblat Yang Sama
Penyanyi : Rabbani

Ya Sallim Sallimna
Sallim Sallim Dinana

Ada yang hitam, ada yang putih
Zahirnya Dia menciptakan kita berbeza
Namun batinnya kita dikurnia
Akal fikiran yang lengkap sempurna

Walau berbeza kasta budaya
Hanya amalan pada-Nya yang utama
Kita mewarisi Al-Quran suci
Sebagai panduan untuk hidup sejahtera

Seringkali iman akan diuji
Bak layar dihembus laut gelora
Dalam mengejar kehidupan di sana
Jangan alpa meredah kabus dunia

Walau pandangan jauh berbeza
Tak bermakna ada salah ada benar
Pada akhirnya kita semua
Sujud ke arah satu qiblat yang sama

Semulia insan adalah yang menghampiri-Nya
Moga ditempatkan dengan yang bertaqwa

Tak mungkin manusia yang punya nafsu
Bisa terlari walau secebis dosa
Apa yang mampu kejar pahala
Biarlah yang Esa menghitungkannya

Buang yang keruh, ambil yang jernih
Tak guna merintih menyesal bersedih
Khalifah bumi semua bersaudara
Untuk menghambakan diri kepada-Nya

Kadangkala kesabaran dicabar
Tiang utuh teguh bisa kan runtuh
Sedangkan lidah lagi tergigit
Inikan pula sesama saudara

Tags: , ,

Random Posts

Leave a Reply

  • 1
  • ...
  • ...
  • 0

Langgan Berita Hot

Sila masukkan email anda jika anda ingin berita terkini dari KongsiBlog.com dihantarkan terus ke email anda:

Delivered by FeedBurner

VIP MyBlogLog

Alexa