Amni Damia Peminat Wonder Pets
Siapa Amni Damia ? Amni Damia adalah puteri kesayangan Babah (aku).Siapa Wonder Pets ? Wonder Pets adalah salah satu rancangan kartun yang disiar di saluran TV9 milik Media Prima.
So sekarang sudah tahu mengenai Amni Damia dan Wonder Pets.Anak aku memang peminat setia Wonder Pets.Kalau tengok 10 kali satu episod pun tak per.Cerita kartun ini memang sesuai di pertontonkan kepada kanak-kanak kerana mengandungi unsur-unsur positif (kerjasama).
Gelagat pelakon Wonder Pets memang simple dan ringkas.Ini menyebabkan kanak-kanak mudah tertarik.Selain dari itu , aku rasa kanak-kanak tertarik kerana binatang boleh bercakap.Jom kita sama-sama layan lagu Wonder Pets.
Lirik Melayu
Telefon! telefon berbunyi!
Telefon! telefon berbunyi
Ada haiwan dalam bahaya…
Ada haiwan dalam bahaya disana…
Wonder pets! wonder pets! kami datang
Membantu (anak haiwan) yang kesusahan
kami tak besar dan kami tak kuat
tapi bila bekerjasama semua jadi mudah…
Yayyyyy…wonder pets
Apa yang penting! kerjasama…
Apa yang penting!kerjasama…
semua jadi mudah
yayyyy wonder pets..yayyyyy wonder pets!!
p/s : Layan cartoon Wonder Pets lebih baik dari layan cartoon Sin Chan.Kredit lirik lagu wonder pert seridahlia.
Tags: animasi, cartoon woonder pets, cerita kartun, download lagu wonder pets, lirik lagu wonder perts





December 3rd, 2008 at 9:24 am
Aku pun layan gak Wonderpets ni, hihihi.. =P Satu rumah tengok, dah besar panjang pun boleh gak terpengaruh, huhu..
[Reply]
Sabri Ahmad Reply:
December 3rd, 2008 at 11:01 am
memang best..pandai yg buat karton tu erk…org tua pun leh terpengaruh
[Reply]
December 16th, 2008 at 4:02 pm
Hahahha….
Memang semua orang tahu lagu wonder pets ni. Anak saya selalu nyanyi. Sampai pakcik dia terbawa2 dalam tidur. Orang tua pun boleh terpengaruh dengan lagu wonder pets tu. Macam Amni Damia, anak saya ‘Tasnim Imani’ pun boleh layan wonder pets dari pagi sampai ke malam….
[Reply]
December 16th, 2008 at 5:12 pm
kalu tgk versi english, cam biasa jer..tapi kalu tengok versi melayu, lawak pulak dengar suara alih bahasa..macam translate satu2 je ayat nyer…hehe.. apapun, anak aku pun suka wonder pets dan barney & friends..
[Reply]