iLovePalestine.com

Koya Best

Bagi orang Kelantan , pernah tinggal di Kelantan atau pernah bergaul dengan orang Kelantan tentu suda faham dengan sebutan “koya best”.”Koya Best ” adalah bahasa dari negeri Kelantan yang memberi maksud khayal itu seronok.Untuk makluman semua perkataan “koya best” digunakan sebagai tajuk filem yang akan ditayang tidak lama lagi.
poster filem koya best

Sinopsis Filem Koya Best

Tajuk Filem :Koya-Best
Pelakon : Danny X-Factor ( Buchek), Bienda (Che Nor), Mohd Asrulfaizal Kamaruzaman (Jaha), Md Eyzendy Md Aziz (Li Bokbong), Wan Md Zuhari Wan Harun (Peija), Muhammad Haqqam Hakiri (Meghei Cikgu)

Arahan : Wan Azli Wan Jusoh

Buchek dan Jaha, dua teman sekampung dengan kehidupan berbeda. Buchek, seorang graduan manakala Jaha, lepasan Sekolah Henry Gurney. Zaman kanak-kanak dan ketenangan di bumi Kelantan ditinggalkan hanya untuk dipertemukan kembali di Kuala Lumpur, kota idaman yang juga kota penuh dugaan.

Pertemuan itu mendedahkan kehidupan hitam Jaha – pedagang dadah, perempuan dan liar, mendorong Buchek untuk membantu sehingga sanggup mengorbankan cintanya apabila menyedari temannya itu jatuh hati pada kekasihnya, Che Nor.

Buchek rela melepaskan Che Nor, namun mampukah cinta mengubah manusia seperti Jaha yang selama ini hidup berkiblatkan Barat itu? Salahkah Che Nor mempertahankan cintanya pada Buchek dengan alasan soal hati bukan sesuatu yang boleh diperdagangkan? Sedang Buchek pula mempertikaikan pendirian Che Nor yang dianggap lebih mementingkan diri daripada perintah Tuhan.

Satu pembunuhan berlaku lalu mencetuskan satu transisi dalam episod cinta dan hidup Jaha, Buchek serta Che Nor.Sumber Grand Brilliance Sdn Bhd.

Kredit : SalamPantaiTimur

Tags: , , , , ,

Leave a Reply

  • 1
  • ...
  • ...
  • 0

Langgan Berita Hot

Sila masukkan email anda jika anda ingin berita terkini dari KongsiBlog.com dihantarkan terus ke email anda:

Delivered by FeedBurner

VIP MyBlogLog

Nampak Pelik

Best viewed using Mozilla Firefox with resolution 1024 x 768. Spreadfirefox Affiliate Button

Ads By

Utiliti