Kata-Kata Kesat Di Hari Raya

Bahang berhari raya di kampung semakin reda dikalangan kita.Mungkin ada segelintir kita yang sudah melupai kisah-kisah berhari raya pada kali ini.Setiap dari kita mesti ada kenangan manis dan pahit semasa menyambut hari raya tahun ini.Seperti ungkapan orang-orang tua yang manis dijadikan pedoman , yang pahit dijadikan sempadan.

Kebiasaannya suasana hari raya  dipenuhi dengan ucapan-ucapan yang baik dan bermaaf-maafan.Namun sedar tak anda , disebalik kemeriahan hari raya mulut kita sering dicemari dengan kata-kata kotor,kesat ,tidak senonoh dan kasar.Kata-kata seumpamaan ini tidak sepatutnya terkeluar dari mulut lebih-lebih di hari raya.

Dengan ibu-bapa , abang , adik , kakak , saudara mara , kawan , suami-isteri kita bermaafaan.Tetapi dengan saudara muslim lain kita mengutuk , mengeluarkan kata-kata kesat , lucah dan sebagainya.Saya percaya ramai yang mengeluarkan perkataan seperti itu semasa ,sebelum , selepas hari raya.Perkataan seperti keluar secara tidak sengaja semasa mengalami kesesakan jalan raya.Contoh perkataan kesat “Bodoh , pakai jer kereta mewah tapi tak tahu undang-undang” , “beratur ler bodoh” , eshhh binatang ni , gila ,  dan banyak lagi.

Bagi menghindarkan diri dari terkeluar perkataan tidak sepatutnya semasa memandu , banyak-banyaklah berzikir pada Allah S.W.T

Baca Artikel Yang Berkaitan

Tags: , , , , October 8th, 2008 Posted in Luahan Jiwa, Malaysia

Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Powered by WordPress | Blue Weed by Blog Oh! Blog | Hosting by OneHosting