PETALING JAYA 6 Feb. – Seorang bayi lelaki berusia lima bulan mati dipercayai akibat didera dan diliwat.
Sehubungan itu, sepasang suami isteri ditahan di tanah perkuburan Islam di Sungai Buloh sebaik selepas pengkebumian bayi pertama mereka itu Isnin lepas, kata Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed.
Beliau berkata, bayi itu dibawa ke Hospital Sungai Buloh oleh pasangan yang masing-masing berusia 33 dan 19 tahun itu pada malam 31 Januari lalu kerana mendakwa bayi mereka tidak sihat.
“Menurut ibu bayi itu, anaknya masih hidup ketika mereka tiba di hospital tetapi doktor yang memeriksanya mengesahkan bayi itu telah mati.
“Bedah siasat dijalankan sejurus selepas itu,” katanya kepada pemberita selepas majlis polis bersama masyarakat di Subang Perdana di sini, hari ini.
Beliau berkata, ibu berusia 19 tahun itu membuat laporan polis mengenai kematian bayinya di bit polis Hospital Sungai Buloh.
Arjunaidi berkata, siasatan lanjut polis mendapati bayi itu mempunyai kesan luka di seluruh badan dan dia turut diliwat.
Pasangan dari Sungai Buloh itu direman sehingga 12 Februari. – Bernama

RSS Feed
Twitter
February 6th, 2010
Sabri Ahmad
Posted in 

Salam,
Kenapalah mereka ini amat kejam? Tidak ada akalkah?
Reply
Sabri Ahmad Reply:
February 8th, 2010 at 11:14 pm
ada akal tapi akal lebih hina dari binatang
Reply
You can use these tags:
apsal jadi manusia...nape x jadi binatang, x pun syaitan iblis...rasanyer binatang lagi baik...x payah dibicara, hukum gantung terus la...
Reply
Sabri Ahmad Reply:
February 8th, 2010 at 11:15 pm
tepat sekali kata-kata nik
Reply
Salam
Pe la nk jadi la ni…..
Seorang bayi yg x pandai berbicara di perlakukan sebegitu kejam….ape la yg ada dlm fikiran mereka ya…
Reply
Salam orang kita. Penjenayah begini rasanya gantung pun tak memadai. Akal kita manusia rasanya tak dapat menerima kejadian ini. Bila difikirkan mengapa perkara ini berlaku?
Reply
Harapkan pagar, pagar makan padi. Kejam!
Reply
memang bengong orang yang wat keje tu..
Reply
nampaknya dunia semakin nak kiamat…..
yelah zaman jahilliah dah kembali semula…
Reply
bodoyyy
Reply