KongsiBlog.Com
Blog Suara Hati Seorang Blogger Malaysia Mengenai Isu-Isu Semasa Yang Patut Diambil Iktibar

 Powered by Max Banner Ads 
Posted by Sabri Ahmad on February 6th, 2010

PETALING JAYA 6 Feb. – Seorang bayi lelaki berusia lima bulan mati dipercayai akibat didera dan diliwat.

Sehubungan itu, sepasang suami isteri ditahan di tanah perkuburan Islam di Sungai Buloh sebaik selepas pengkebumian bayi pertama mereka itu Isnin lepas, kata Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed.

Beliau berkata, bayi itu dibawa ke Hospital Sungai Buloh oleh pasangan yang masing-masing berusia 33 dan 19 tahun itu pada malam 31 Januari lalu kerana mendakwa bayi mereka tidak sihat.

“Menurut ibu bayi itu, anaknya masih hidup ketika mereka tiba di hospital tetapi doktor yang memeriksanya mengesahkan bayi itu telah mati.

“Bedah siasat dijalankan sejurus selepas itu,” katanya kepada pemberita selepas majlis polis bersama masyarakat di Subang Perdana di sini, hari ini.

Beliau berkata, ibu berusia 19 tahun itu membuat laporan polis mengenai kematian bayinya di bit polis Hospital Sungai Buloh.

Arjunaidi berkata, siasatan lanjut polis mendapati bayi itu mempunyai kesan luka di seluruh badan dan dia turut diliwat.

Pasangan dari Sungai Buloh itu direman sehingga 12 Februari. – Bernama

Random Posts

8 Responses to “Bayi 5 Bulan Mati Diliwat-Memang Kerja Gila”

  1. Salam,

    Kenapalah mereka ini amat kejam? Tidak ada akalkah?

    Reply

    Sabri Ahmad Reply:

    ada akal tapi akal lebih hina dari binatang

    Reply

  2. yati

    Salam
    Pe la nk jadi la ni…..
    Seorang bayi yg x pandai berbicara di perlakukan sebegitu kejam….ape la yg ada dlm fikiran mereka ya…

    Reply

  3. Salam orang kita. Penjenayah begini rasanya gantung pun tak memadai. Akal kita manusia rasanya tak dapat menerima kejadian ini. Bila difikirkan mengapa perkara ini berlaku?

    Reply

  4. Harapkan pagar, pagar makan padi. Kejam!

    Reply

  5. memang bengong orang yang wat keje tu..

    Reply

Leave a Reply

You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>