iLovePalestine.com

Apa Yang Aku Lakukan Bila Tiba Musim Banjir

Aku seronok bila tiba musim tengkujuh/banjir.Dulu depan rumah aku ada sawah padi , so bila tiba musim banjir kawasan sawah padi akan dipenuhi air.Bila air dah penuh terhasil lautan yang cantik.Wauuuuu indah sekali………

Apa yang aku lakukan bila tiba musim banjir ? Bila tiba musim banjir 2 perkara yang menjadi kegemaran aku.Perkara pertama yang aku lakukan adalah tangkap ikan.Memang bila tiba musim banjir , peniaga pukat mengaut keuntungan yang berlibat ganda.

Dulu memang banyak ikan seperti sepat,haruan,keli,puyu dan sebagainya.Sekarang dah kurang , maybe penggunaan racun serangga yang melampau.

Perkara kedua yang aku lakukan adalah main rakit.Bila selesai pasang pukat aku akan masuk hutan untuk tebang pokok buluh untuk dibuat rakit.Bila selesai , aku akan belayar di laut menggunakan rakit tersebut.

Sekarang semuanya tinggal kenangan bagi aku , aku rindukan saat itu.Anak-anak kecil sekarang pun sudah melupainya.Zaman sudah berubah katakan.

Info Banjir Bagi Negeri Pantai Timur
Dalam satu kenyataan hari ini, jabatan itu berkata kawasan yang terlibat di Kelantan termasuk daerah Kota Baharu, Tumpat, Bachok, Pasir Puteh, Pasir Mas, Tanah Merah, Machang, Jeli dan Kuala Krai.

Di Terengganu, kawasan terlibat termasuk daerah Kuala Terengganu, Besut, Setiu, Dungun, Kemaman, Marang dan Hulu Terengganu dan di Pahang, ia meliputi daerah Jerantut, Kuantan, Pekan, Rompin, Maran, Bera dan Temerloh.-Utusan

Tags: , , , ,

Random Posts

One Response to “Apa Yang Aku Lakukan Bila Tiba Musim Banjir”

  1. KNizam:

    budak2 mmg suka banjir neh
    orang tua je merana sebab kena kemas rumah yg kotor kan. hehe :)

    [Reply]

Leave a Reply

  • 1
  • ...
  • ...
  • 0

Langgan Berita Hot

Sila masukkan email anda jika anda ingin berita terkini dari KongsiBlog.com dihantarkan terus ke email anda:

Delivered by FeedBurner

VIP MyBlogLog

Nampak Pelik

Best viewed using Mozilla Firefox with resolution 1024 x 768. Spreadfirefox Affiliate Button

Ads By

Utiliti