iLovePalestine.com

Pelajar Ajar Guru @ Guru Ajar Pelajar

Apa pendapat anda mengenai isu seorang guru wanita dakwa ditendang pelajar perempuan.Sepatutnya siapa ajar siapa?Guru dipertanggungjawab untuk mendidik pelajar tetapi sekarang pelajar yang mendidik guru.Bila melihat video aksi guru dan pelajar yang disiar dalam Buletin Utama siaran TV3 , saya rasa terharu dengan cabaran seorang guru zaman sekarang.Ke mana hilangnya hormat seorang pelajar kepada seorang guru ? . Semoga isu ini menjadi pengajaran buat kita semua , agar lebih peka mendidik anak-anak.

KANGAR: Seorang guru wanita mendakwa ditendang di perut oleh seorang pelajar perempuan Tingkatan Dua ketika dia sedang mengajar di sekolahnya di sini, hari ini.Azhana Ibrahim berkata, beliau diserang pelajar itu kira-kira jam 10 pagi berikutan tindakannya cuba mendapatkan penjelasan daripada pelajar itu tentang perkataan ‘gila babi’ yang tertulis di belakang satu folio yang diarahkannya.Pelajar itu bersama seorang lagi pelajar perempuan yang menemui guru itu memanggil rakan mereka selepas berlaku pertengkaran dengan guru itu.Ketika semakin ramai rakan pelajar itu datang, guru berkenaan ditendang sebelum lari menyelamatkan diri.Guru itu kemudiannya membuat laporan polis di balai polis Kangar selepas waktu persekolahan pada tengah hari kerana bimbang diancam pelajar itu.

Beliau yang sudah lima tahun berkhidmat sebagai guru berkata, insiden itu adalah yang pertama ditempuhinya sepanjang perkhidmatannya.Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Yusof Mohd Diah mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.Sekolah itu mendapat perhatian ramai baru-baru ini apabila beberapa pelajar Islamnya terbabit mengiringi perarakan berhala sempena perayaan tokong sayur Buddha, di sini. - Bernama

Tags: , , , , ,

Random Posts

3 Responses to “Pelajar Ajar Guru @ Guru Ajar Pelajar”

  1. negaraku.net:

    Pelajar Ajar Guru @ Guru Ajar Pelajar…

    Apa pendapat anda mengenai isu seorang guru wanita dakwa ditendang pelajar perempuan.Sepatutnya siapa ajar siapa?…

  2. Kujie:

    adap menuntut ilmu, mesti menghormati guru, baru ilmunya berkat

    [Reply]

  3. Kerana Perkataan “Gila Babi” ! | KongsiBlog.Com^Suara Orang Malaysia:

    [...] Masih ingat dengan isu pelajar perempuan menendang guru di Perlis.Semalam pelajar perempuan yang bertindak ganas dengan menendang seorang guru wanita di [...]

Leave a Reply

  • 1
  • ...
  • ...
  • 0

Langgan Berita Hot

Sila masukkan email anda jika anda ingin berita terkini dari KongsiBlog.com dihantarkan terus ke email anda:

Delivered by FeedBurner

VIP MyBlogLog

Nampak Pelik

Best viewed using Mozilla Firefox with resolution 1024 x 768. Spreadfirefox Affiliate Button

Ads By

Utiliti