Isu Kepala Khinzir
Babi atau dalam bahasa sopan khinzir adalah sejenis haiwan ciptaan Allah S.W.T.Haiwan ini haram dimakan oleh penganut Islam.Bagi penganut agama lain , babi dijadikan makanan.
Baiklah kita teruskan berita hari ini ( macam pembaca berita Buletin Utama TV3 ).Fakta-fakta mengenai isu bab yang membangkitkan kemarahan penduduk Malaysia yang aku petik dari sumber yang boleh dipercayai:
“17 Oktober 2008-Orang ramai menemui bangkai babi di Pantai Kemunting, Pengkalan Balak.”
“16 November 2008-Md. Rawi Mahmud, 55, yang juga guru Sekolah Menengah Kebangsaan Rahmat, Kuala Sungai Baru, Masjid Tanah merupakan penduduk di Kampung Ujong Padang terkejut apabila menemui kepala babi itu dalam keadaan tergantung di pagar rumahnya ketika hendak menunaikan solat Subuh di surau berhampiran kira-kira pukul 5.30 pagi.”
Isu ini membangkitkan kemarahan bagi penganut Islam dan penduduk sekitar.Tindakan ini , memang kurang ajar.Persoalannya sekarang siapa dalang disebalik kejadian ini ????.Tapi bagi aku , biarlah pihak yang bertanggungjawab yang menyelesaikan isu ini.Kita sebagai penduduk Malaysia yang bertamadun , jangan mengekplotasi isu ini untuk kepentingan peribadi.
Tags: isu babi melaka, isu negara malaysia, khinzir, masalah babi, masalah khinzir, masalah rakyat, melaka, perternakan babi




November 22nd, 2008 at 11:15 am
HUh.. Memang kurang ajar betul…
Letak kepala babi..
Kesian babi tu dihinakan..
[Reply]
November 22nd, 2008 at 12:36 pm
Yahudi dan Nasrani juga mengharamkan pemakanan Babi tetapi Nasrani zaman skrg atau Kristian memakannya kerana ajaran tersebut telah dilupakan sama seperti larangan bertatoo dan minum arak.
[Reply]
December 18th, 2008 at 11:41 am
17 Oktober
16 November
17 Disember
macam ada trend saja, next mungkin 17 januari
[Reply]
Sabri Ahmad Reply:
December 18th, 2008 at 3:58 pm
ye tak ye gak erk
[Reply]
December 18th, 2008 at 5:19 pm
ada juga yang cuba menimbulkan isu perkauman dan agama
http://pemimpinmuda.malayaonline.com/?p=42
[Reply]