Jual Dara Secara Percuma

Semalam saya ada berjanji untuk menulis artikel mengenai “Jual Dara Secara Percuma”.Pelik bunyi jual dara secara percuma ? Kalau nama jual mesti ada habuan , bukan percuma.Baiklah saya akan huraikan isu ini dari pandangan saya.

Sebenarnya jual dara secara percuma memang banyak berlaku di dalam masyarakat kita sekarang.Dalam usia belasan tahun , mereka sudah mula menjual dara secara percuma.Masalah ini banyak berlaku di kalangan remaja Melayu.Pada hakikatnya kita tidak nampak tapi pada zahirnya ramai yang sudah kehilangan dara.

Tentu anda kurang jelas lagi mengenai jual dara secara percuma.Maksud saya mengenai jual dara secara percuma adalah remaja-remaja kita yang sanggup di nodai oleh kekasih atau teman lelaki.Mereka sanggup menyerah dara / jiwa dan raga demi kekasih tercinta.Mereka menganggaap tindakan seperti itu sebagai tanda kasih sayang dan kesetian kepada pasangan.Agaknya berapa ramai remaja sekarang yang kehilangan dara akibat kekasih ?

Bagi mereka , ia umpama di buai satu nikmat yang seolah-olah tiada penghujungnya sedangkan penghujung amat buruk.Bagi orang Islam , amat dasyat bagi mereka yang berzina.Alangkah bodohnya perempuan yang termakan pujuk rayu seorang lelaki.Alangkah jahatnya lelaki yang sanggup menodai seorang perempuan.Marilah kita sama-sama menyelamatkan generasi kita dari hanyut entah kemana.

Tags: , , , , , ,

Random Posts

3 Responses to “Jual Dara Secara Percuma”

  1. negaraku.net:

    Jual Dara Secara Percuma | KongsiBlog.Com^Suara Orang Kita…

    Semalam saya ada berjanji untuk menulis artikel mengenai “Jual Dara Secara Percuma”.Pelik bunyi jual dara secara percuma ?…

  2. aeropama dot com:

    perkara begini memang menjadi kerisauan aku. aku semakin sedih melihat harga diri perempuan kita makin murah. dimanakah letaknya fikiran rasional dan maruah diri?

    [Reply]

  3. az:

    zaman dah berubah..akhlak pun turut berubah..tepuk dada tanya iman..

    [Reply]

Leave a Reply

  • 1
  • ...
  • ...
  • 0

Langgan Berita Hot

Sila masukkan email anda jika anda ingin berita terkini dari KongsiBlog.com dihantarkan terus ke email anda:

Delivered by FeedBurner

VIP MyBlogLog

Alexa