Mak OK
Seminggu lagi umat islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri.Hari raya Aidilfitri disambut setelah berpuasa sebulan ( bagi yang tidak puasa tidak boleh raya :p ).Bila tiba hari raya , golongan yang paling gembira menyambutnya adalah kanak-kanak.Mereka sangat gembira kerana disogok dengan baju raya dan duit raya.
Bila tiba hari raya , pasti syarikat-syarikat besar akan mengucap Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pelanggan-pelanggannya.Salah satu syarikat setiap tahun mengucap Selamat Hari Raya Aidilfiri adalah Petronas.Setiap tahun Petronas akan membuat satu video klip mengenai hari raya yang akan disiarkan dalam media elektronik.
Iklan hari raya Petronas 2008 mengisahkan seorang ibu atau mak yang sentiasa mengucap perkataan OK dengan anaknya.Anaknya seorang yang berkerjaya dan sentiasa sibuk.Bila balik kampung , maknya memberi biliknya kepada anaknya.Jawap si anak tak per ker . jawab si ibunya “mak ok”.Pada waktu malam anaknya ingin membuat urusan kerja menggunakan talian internet namun tiada sambungan.Anaknya memberitahu maknya , dia ingin bermalam di hotel kerana talian intenet tiada.Maknya menjawab “mak ok”.
Sewaktu melakukan kerja di cafe hotel tersebut.Beliau disapa seorang pak cik………Pak cik itu sedang menunggu anaknya yang sedang sakit.Pak cik itu meluahkan . dia tidak sanggup tinggalkan anaknya keseorangan di hospital.Setelah mendengar kata-kata dari pak cik itu . dia teringat maknya yang di tinggal seorang diri.
Dia terus balik ke rumah maknya dan memeluk maknya.Tanya si anak , mak ok.Jawab si ibu mak ok . mak ok . mak ok . mak ok……………………………………
p/s: Kalau ada silap minta dimaaf , anda boleh lihat sendiri iklan raya petronas dalam saluran TV3 untuk lebih menjiwai.Semoga iklan ini dapat memberi kesedaran kepada kita supaya lebih berbakti kepada ibu kerana ibu hanya seorang dan syurga di bawah tapak kaki ibu.




September 23rd, 2008 at 5:22 pm
Mak OK | KongsiBlog.Com^Suara Orang Kita…
Seminggu lagi umat islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri.Hari raya Aidilfitri disambut setelah berpuasa sebulan ( bagi yang tidak puasa tidak boleh raya :p ).Bila ti…
September 23rd, 2008 at 6:03 pm
hohoh iklan ni agak best la… hohoh nak promot sket… iklan ni ade terpampang di blog aku.. hohohoo
[Reply]
Sabri Ahmad Reply:
September 23rd, 2008 at 9:29 pm
beres bohhh tapi memang sentiasa cun a iklan petronas ni
[Reply]