iLovePalestine.com

Musuh Sebenar Orang Melayu

Sekarang negara dilanda bermacam-macam masalah seperti taufan ike yang sedang melanda Texas , Amerika Syarikat.Isu Tun Dr Mahathir ingin kembalik ke dalam UMNO , isu perkauman , isu peralihan kuasa , isu bentuk kerajaan baru yang ingin ditubuhkan oleh PKRĀ  , isu ISA dan banyak lagi.Saya sendiri masih tertanya-tanya mengapa sejak akhir-akhir ini banyak sangat masalah yang timbul.Fikir-fikirlah sendiri.

Negara Malaysia majoriti penduduknya berbangsa Melayu.Tapi bangsa Melayu kah yang menguasai Malaysia.Pada pendapat saya , kurang tepat jika kita mengatakan Malaysia dikuasai bangsa Melayu.Kita tidak boleh menyalahkan bangsa lain jika mereka berjaya.Saya begitu kagum dengan kejayaan bangsa Cina lebih-lebih lagi dalam perniagaan.Mereka tetap berjaya walaupun kurang keistimewaan berbanding Melayu/Bumiputra.Saya bersependapat dengan penulis negarakumalaysia.blogspot.com.Musuh utama orang Melayu adalah SIKAP.

Pada pendapat saya, musuh utama orang Melayu ialah orang Melayu sendiri. Lebih tepat lagi, SIKAP! Jika kita cakap pasal masyarakat, maka sikap masyarakat dan jika kita cakap pasal individu, maka sikap individu itu sendiri yang jadi musuh utamanya. Jika orang Melayu mundur, gagal berpolitik, tak cerdik, miskin, berpecah dan sebagainya….. jangan salahkan orang lain, atau alam, atau Tuhan! Cuba fikirkan apa yang saya katakan di atas dari aspek hasad dengki dan konsep “Know Who vs. Know How” yang menjadi amalan masyarakat Melayu. Saya kongsi contoh berikut untuk menerangkan teori saya di atas:

Si A adalah seorang cikgu yang banyak pengalaman dan berkesan pengajarannya di sekolah. Ramai pelajar dapat A subjek yang diajarnya dan beliau rajin mengajar anak muridnya. Tiba-tiba, dua bulan sebelum peperiksaan UPSR diadakan, beliau ditukar ke sekolah lain dalam kawasan yang sama. Beliau tidak pernah buat permohonan. Anak murid yang bersemangat untuk menghadapi UPSR terkapai-kapai kehilangan cikgu tersayang. Bila ditanya, hasad dengki dan konsep “Know Who vs. Know How”" adalah sebab pertukaran!!!!

Saya tidak pasti dengan anda tapi contoh di atas bukan rekaan. saya bersimpati dengan si A . Saya harap beliau tabah. Jika inilah budaya pilihan orang Melayu, kita sama-sama tunggu saat kehancuran bangsa ini. Bunyinya keras? Perlu berlapik? Mungkin sebab banyak berlapiklah yang buat orang Melayu “tidur”!. Kehancuran boleh datang sikit-sikit atau sedebok, macam buah nangka busuk jatuh ke tanah!

Tags: , ,

Random Posts

6 Responses to “Musuh Sebenar Orang Melayu”

  1. shaxx:

    Dari cerita Zaman Kesultanan Melaka, Hang Tuah dan sejarah melayu yg lain kita dah tau bagaimana sikap orang melayu yg akhirnya merugikan bangsa melayu itu sendiri…

    [Reply]

    kita Reply:

    betul kata u..marilah kita sama-sama meperbaiki diri sendiri agar bangsa kita terus maju

    [Reply]

  2. Susana:

    Saya setuju dengan apa yang diperbincangkan ini.. Berterima kasih lar kepada Tuhan kerana bukan semua Malayu and Bumiputra bersikap sebegitu.. Kita mesti terus maju, sebagai Malayu/Bumiputra, supaya kita boleh terus menjadi insan yang berguna dan berbakti kepada Negara..

    [Reply]

  3. catzer:

    letih kan dengan keadaan politik skang..

    [Reply]

  4. kotaro:

    emm..daripada kita duk heboh2 mengata2 bangsa sendiri…apa kata kita cerita contoh2 kejayaan bangsa kita…mungkin dgn cara ini kita leh terangsang tuk sama2 bergerak maju kedepan…bukan sekadar menekap muka ke telapak tangan, mengeluh kekecewaan lahir sebagai bangsa Melayu.

    Aku dah bosan dgr org Melayu yang menyindir2 kemampuan, kehormatan bangsa sendiri…

    [Reply]

  5. hamdan:

    kalau nak katakan orang melayu lebih banyak keistimewaan dari bangsa lain. pada pendapat saya semua salah..kenapa ? kerana berapa banyak yang menerima keistimewaan tersebut..apakah keistimewaan tersebut..jika kita katakan bangsa melayu membeli rumah beroleh diskaun sebanyak 7 - 15% berapa banyak kuota untuk lot bumi..keistimewaan lain contoh projek kerjaan harus di beri kepada bumi siapa yang mendapat projek tersebut ( kroni kerajaan jugak ).jadi kenapa bangsa lain ambil kisah tentang keistimewaan melayu ni..yang sebenarnya tidak banyak keistimewaannya..

    [Reply]

Leave a Reply

  • 1
  • ...
  • ...
  • 0

Langgan Berita Hot

Sila masukkan email anda jika anda ingin berita terkini dari KongsiBlog.com dihantarkan terus ke email anda:

Delivered by FeedBurner

VIP MyBlogLog

Nampak Pelik

Best viewed using Mozilla Firefox with resolution 1024 x 768. Spreadfirefox Affiliate Button

Ads By

Utiliti