Raja Melayu Bukan Monumen Hiasan
Kata-kata daripada Hang Tuah yang terkenal hingga ke hari ini “Takkan Melayu hilang di dunia” yang memberi makna kaum Melayu tidak akan hilang di bumi ini.Kalau Hang Tuah mengeluarkan kata-kata sedemikian bermakna “selagi kaum Melayu ada , selagi itulah Raja Melayu akan tetap disanjung”.
KUCHING 6 Nov. - Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah bertitah, institusi raja bukan sekadar monumen hiasan yang kaku tetapi boleh memberi pandangan bernas untuk mempengaruhi serta menentukan haluan negara bangsa secara positif dan konstruktif.
Baginda bertitah, pandangan itu disampaikan melalui nasihat, galakan, peringatan dan teguran kerana raja juga mempunyai tugas yang tidak terhad sebagai simbol untuk memenuhi adat dan istiadat.
”Raja bukan daripada kalangan insan yang buta penglihatan, pekak pendengaran dan bisu pertuturan. Segala yang berlaku adalah dalam ruang penglihatan, pendengaran dan pertuturan raja.
”Tanggapan bahawa raja adalah semata-mata institusi ceremonial kepada negara adalah satu tanggapan cetek, tanggapan kuno, tanggapan primitif, tanggapan yang merugikan negara,” titah baginda.
Raja Nazrin bertitah demikian pada Bicara Eksekutif sempena Sambutan Hari Integriti Nasional dan Konvensyen Integriti Nasional 2008 yang bertemakan Integriti Pemangkin Pembangunan Mapan di sini malam ini.-Utusan
Tags: raja melayu, sejarah hang tuah, sejarah melayu melaka, sultan melayu, taat setia kepada raja




November 8th, 2008 at 6:29 pm
Raja Melayu Bukan Monumen Hiasan | KongsiBlog.Com^Suara Orang Malaysia…
Kata-kata daripada Hang Tuah yang terkenal hingga ke hari ini “Takkan Melayu hilang d…
November 8th, 2008 at 6:30 pm
Raja Melayu Bukan Monumen Hiasan | KongsiBlog.Com^Suara Orang Malaysia…
Kata-kata daripada Hang Tuah yang terkenal hingga ke hari ini “Takkan Melayu hilang d…