Powered by Max Banner Ads 

HIV Positif

Masalah HIV Positif di negara kita kini sedang menular. Dengan Berkongsi sedikit pengalaman dalam blog ini diharap dapat memberi kesedaran kepada masyarakat kita dan dapat memupuk sikap mementingkan kesihatan diri sendiri.

Baru-baru ini ada satu kes bakal pengantin lelaki terpaksa membatalkan majlis perkahwinan disaat-saat akhir yang hanya tinggal seminggu disebabkan oleh bakal pengantin lelaki telah disahkan HIV Positif. Bayangkan perasaan bakal pengantin perempuan apabila menerima berita tentang bakal suaminya itu disahkan HIV Positif. Memang terlalu menyedihkan untuk kita menyelami perasaan beliau. Pada mulanya kedua-duanya langsung tidak sedar dan tidak sangka semua ini boleh terjadi. Tetapi akibat dari perbuatan lepas, yang tidak memikirkan masa depan, terjadilah masalah begini. Dan akibatnya pasangan perempuan yang terpaksa menanggung bebanan. Pasangan perempuan telah menjadi mangsa keadaan yang amat mengelirukan.

Imbas kembali cerita disebalik kejadian itu pada mulanya bakal pengantin lelaki sememangnya merasakan sesuatu yang buruk yang ada pada diri beliau dan beliau takut untuk membuat ujian HIV pada awal-awal lagi kerana beliau tahu sejarah beliau pada zaman remaja. Beliau mengakui beliau pernah terlibat didalam penyalahgunaan dadah yang menggunakan suntikan pada zaman remaja beliau iaitu 15 tahun lepas. Dan tidak disangka akibat dari perasaan ingin tahu itu telah memulakan penderitaan beliau. Beliau sendiri menyatakan sangat menyesal dengan tindakan yang telah dilakukan dulu. Beliau menyatakan beliau pernah menyalahgunakan dadah melalui suntikan hanya 3-4 kali sahaja. Tetapi malangnya beliau telah berkongsi jarum suntikan dengan salah seorang pembawa virus HIV. Virus HIV telah menjangkiti beliau dari darah yang ada pada jarum suntikan dan memasuki tubuh beliau secara perlahan-lahan. Virus HIV adalah sejenis virus yang kompleks iaitu ianya hanya menyerang dan menghapuskan Sel Darah Putih atau dikenali dengan Sel T4 atau CD4. Sel T4 atau CD4 adalah penting dalam tubuh manusia kerana ianya adalah sistem kekebalan tubuh untuk menangkis segala virus-virus dan seterusnya dapat mengekalkan kesihatan tubuh daripada penyakit-penyakit yang tidak diingini. Akibat dari semua sel T4 atau CD4 sudah tiada dalam tubuh seseorang, tubuh orang yang terkena virus tersebut akan menunjukan simptom-simptom seperti demam yang berpanjangan, ulser yang tidak sembuh, ruam pada kulit dan sebagainya dan keadaan inilah yang dinama AIDS. Pesakit akan menderita sehingga ke akhir hayat.

Itulah yang terjadi pada bakal pengantin lelaki yang menyesal dengan perbuatan yang lepas. Tetapi menyesal sekarang sudah tidak berguna. Mujurlah kerajaan kita telah mengambil tindakan semua pasangan yang akan melangsungkan perkahwinan diwajibkan menjalani ujian HIV sebelum berkahwin. Ini kerana sudah banyak kes sebelum ini yang melibatkan pasangan perempuan yang tidak bersalah terpaksa menanggung penderitaan apabila virus HIV daripada suami telah menjangkitinya. Tetapi kes-kes seperti itu telah dapat dibendung oleh kerana tindakan kerajaan.

Oleh itu saya berpesan kepada rakan-rakan sekalian, jangan sesekali terjebak didalam aktiviti-aktivi yang tidak sihat. Dan jangan biarkan keluarga dan orang yang tersayang menjadi mangsa. Dalam kes diatas, bakal pengantin lelaki membatalkan majlis perkahwinan disaat-saat akhir, akibat dari beliau disahkan HIV Positif, keluarga bakal pengantin perempuan terpaksa menanggung malu dan terpaksa menanggung kesedihan kerana hasrat beliau untuk berkahwin hanya tinggal kenangan.

Random Posts

You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “HIV Positif”

  1. Dinz says:

    Pendapat saya itu lebih baik daripada dia dijangkiti. Tuhan lebih menyayangi dia kerana dia masih ada kesempatan utk kehidupan yang lebih baik. Jangan menyalahkan sesuatu suratan takdir dan kesilapan orang lain. Pandanglah dari sudut yang positif. Mungkin akan ada jodoh yang lebih baik buat dia. Anggaplah putusnyer perancangan perkahwinan itu sebagai satu daripada ujian tuhan. Kisah hidup dia belum berakhir. Tetapi saya lebih tertarik untuk mengetahui kisah hidup pengidap HIV itu sendiri. Manusia tidak lepas dari melakukan kesilapan. Kita lebih suka menunding jari menyalahkan kesilapan lampau dia tapi pernah ke kita terfikir bagaimana dia bakal melalui kehidupan yang akan datang….. Sokongan, dorongan dan semangat diperlukan oleh pasangan lelaki itu utk terus hidup. Hukuman tuhan itu pasti tapi mungkin lebih baik buat dia kerana penyakit itu di datangkan untuk menguji kita hambanyer agar tidak jauh terpesong dan mengingatinyer…. Memang mencegah lebih baik dari mengubati tetapi kadangkala kerana nafsu kita terkandas, Tapi itu tidak bermaksud kita terus kecundang dalam hidup. Tuhan maha pengampun. Kita masih boleh kembali ke pangkal jalan. Anggaplap ini peringat tuhan pada kita atas kesalahan yang kita lakukan. Hakikat hidup pasangan lelaki itu sudah pasti tapi kita yang disekelilingyer belum tahu lagi untung nasib. Kita sepatutnyer membantu dia terus bangkit bukan makin menyebabkan dia hilang semangat. Dosa yang dilakukan itu antara dia dan tuhan. Kita bimbing dia kembali ke pangkal jalan. Itu yang terbaik.

    Reply

Leave a Reply


 Powered by Max Banner Ads