Powered by Max Banner Ads 

Naikkan Harga Rokok Bukan Penyelesaian Terbaik

Perubahan harga rokok tidak menjejaskan

KUALA LUMPUR 6 Jan. – Perubahan harga rokok pada kadar minimum sebanyak RM6.40 bagi 20 batang, dilihat tidak memberikan sebarang kesan besar kepada para pengeluar utama syarikat rokok.

Penganalisis OSK Research, Vincent Lim berkata, pandangan itu mengambil kira harga paling murah bagi rokok berkualiti di pasaran adalah RM7.80 sekotak.

Malah, peraturan harga minimum mungkin memberi kelebihan kepada British American Tobacco, Japan Tobacco International dan Philip Morris kerana jurang perbezaan di antara harga rokok yang berkualiti tinggi dan rendah terlalu hampir.

Ini akan menyebabkan lebih banyak perokok akan memilih untuk mendapatkan jenama rokok yang berkualiti, menurut Lim.

”Berdasarkan faktor tersebut, kita meramalkan tidak ada kesan besar akan berlaku dalam sektor ini,” katanya dalam nota penyelidikannya.

Di sebalik peraturan baru itu, OSK Research meramalkan, para pengeluar rokok dijangka melaksanakan strategi tindak balas bagi menangani kelembapan dalam sektor tersebut sejak kebelakangan ini.

Antara pendekatan yang dijangka dilaksanakan adalah memperkenalkan kotak kedap udara selepas kerajaan melarang penjualan rokok 14 batang menjelang pertengahan tahun ini.

Lim menjelaskan, syarikat-syarikat pengeluar rokok menawarkan rokok 14 dan 20 batang sekotak, masing-masing untuk perokok sosial dan perokok kritikal.

”Dengan adanya kotak kedap udara ia dijangka mampu mengekalkan ‘kesegaran’ rokok memandangkan jangka hayat bagi sekotak rokok yang belum digunakan adalah enam bulan dan kotak yang sudah terbuka antara lima dan tujuh hari sahaja.

”Dengan kotak kedap udara, jangka hayat rokok akan bertahan lebih tiga hari berbanding sebelum ini dan faktor ini akan memberi kesan positif kepada industri,” ujarnya.

Kerajaan sentiasa memberi alasan “mengurangkan perokok di Malaysia” dalam waktu yang sama pengeluar rokok sentiasa mencari jalan “menambahkan perokok di Malaysia”.So bagi saya kaedah terbaik adalah “tutup kilang rokok” :)

Random Posts

You can leave a response, or trackback from your own site.

5 Responses to “Naikkan Harga Rokok Bukan Penyelesaian Terbaik”

  1. etomyam says:

    hmm..setakat ni masih belum berhenti membeli rokok..kui3

    Reply

    Sabri Ahmad Reply:

    aku dah makin slow bro :)

    Reply

  2. Perokok Tegar says:

    Naik…lah harga rokok sehingga RM20.00 sebungkus..bukan jalan penyelesaian. Masalah bertambah rokok seludup lagi banyak..Siapa yang untung…Fikir-fikirkan..lah

    Reply

  3. tenteraangin says:

    naikkan jer harga sampai harga yang tak tercapai dek akal. padan muka suma smoker.. biar diorang bising-bising.. lama-lama senyap la

    Reply

  4. add says:

    uhhh kasi nak rm50 sebungkus. bleh r wat menampal kebobrokan yg dah berlaku… senang je nak buat duit ni. rm200 sebungkus ke… bahaya isap rokok ni… fatwa dah keluar tapi duk terperap je. bahaya kan rokok ni.. gelap mata mereka sbb cukai rokok ni leh cover kebobrokan

    Reply

Leave a Reply


 Powered by Max Banner Ads