iLovePalestine.com

Senaman Solat atau Senaman Yoga

Beberapa hari yang lepas pensyarah Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Zakaria Stapa menasihati orang Islam yang mengamalkan senaman yoga supaya menghentikannya kerana bimbang boleh memesongkan akidah.

Dengan timbulnya isu senaman yoga boleh memesongkan akidah Majlis Fatwa Kebangsaan telah berbincang isu ini di Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang diadakan di Kelantan.Majlis Fatwa Kebangsaan dijangka mengumumkan keputusan berhubung hukum senaman yoga kepada umat Islam yang mengamalkan senaman itu dalam tempoh terdekat.

Bagi yang tidak mengetahui senaman yoga , ia merupakan pergerakan atau teknik “self-healing” yang berbentuk meditasi (renungan), memberi keharmonian jiwa secara semulajadi daripada rasa tertekan.

Bagi pendapat saya , dalam Islam kita tidak memerlukan senaman seperti itu kerana semuanya sudah ada dalam agama Islam.Senaman yoga sebenarnya sudah ada dalam solat 5 kali sehari.Dalam solat kita melakukan pergerakan disamping kena tenang (khusyuk) mengadap Allah S.W.T.Seperti kata-kata :

Profesor Dr Wan Abu Bakar Wan Abas -“Kebanyakan otot serta sendi bergerak ketika solat. Umat Islam beruntung kerana solat yang wajib dilakukan setiap hari menyamai aktiviti senaman dan regangan yang memperkuatkan sistem otot dan fizikal tubuh,” katanya.Malah, katanya solat sama seperti terapi fizikal yang jika dilakukan secara berterusan dan betul menghasilkan kesan positif terhadap tubuh. Kajian lebih teliti sedang dilakukan untuk mengenap pasti otot yang aktif ketika solat.”-Utusan

Tags: , , , , , , ,

3 Responses to “Senaman Solat atau Senaman Yoga”

  1. negaraku.net:

    Senaman Solat atau Senaman Yoga…

    Beberapa hari yang lepas pensyarah Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Zakaria Stapa menasihati…

  2. shaxx:

    betul tu.. kita dah diberi anugerah solat wat pe nak yoga yogi lagi….

    [Reply]

  3. Senama Yoga Haram Bagi Penganut Islam | KongsiBlog.Com^Suara Orang Malaysia:

    [...] ini timbul isu mengenai senaman Yoga.Hari ini Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan senaman Yoga haram bagi penganut Islam kerana boleh [...]

Leave a Reply

  • 1
  • ...
  • ...
  • 0

Langgan Berita Hot

Sila masukkan email anda jika anda ingin berita terkini dari KongsiBlog.com dihantarkan terus ke email anda:

Delivered by FeedBurner

VIP MyBlogLog

Nampak Pelik

Best viewed using Mozilla Firefox with resolution 1024 x 768. Spreadfirefox Affiliate Button

Ads By

Utiliti