Featured Articles
Panduan Buat Duit Di Ebay
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca dan diharap anda membaca sehingga ke akhir muka surat. Read more »
Jual Dara Secara Percuma
Semalam saya ada berjanji untuk menulis artikel mengenai “Jual Dara Secara Percuma”.Pelik bunyi jual dara secara percuma ? Read more »
Gila Seorang Model
Saya terbaca satu artikel yang disiarkan dalam Sinar Harian.Artikel ini menarik perhatian saya dari membaca isu-isu politik yang memenatkan kepala.Apa yang saya ingin kongsi disini bukan berlaku di Malaysia tetapi Read more »
Sana Sini Isu Politik-Janganlah
Seperti ungkapan saudara Faisal Hanim , tahun malang bagi kita.Sejauh mana malang , tidak lah sejauh mana malang Palestin , Iraq , Pakistan , India ,Thailand , Filipina , Afghanistan dan banyak lagi negara yang huru Read more »
Budi Isma Alifi
Blogger Malaysia pada minggu ini yang berjaya ditemuramah adalah saudara Budiey.Budiey adalah Read more »
Tahun Malang Bagi Kita!
Tahun ini, tahun pilihanraya bagi negara Malaysia. Umum tahu pilihanraya telah tamat pada Mac lalu. Umum juga tahu siapa menang, dan siapa yang telah kalah dalam pilihanraya tersebut.
Pilihanraya yang lalu menyaksikan seolah-olah negara terbahagi kepada dua. 5 negeri dikuasai satu pihak dan selebihnya di pihak yang lain. Yang menang, telahpun duduk ditampok masing-masing. Dan yang kalah…ada yang bermuhasabah diri dan ada yang menyalahkan orang lain.
Sejak akhir-akhir ini di dada-dada akhbar, di kaca televisyen, dicorong-corong radio dan internet, paparan utama yang menjadi pilihan editor adalah isu-isu politik yang nampak seolah-olah tiada kesudahannya walaupun pilihanraya telahpun tamat.
Saban hari akan dimuatkan cerita dan perjuangan YB itu, YB ini, parti itu, parti ini dan sebagainya. Mungkin kita tidak boleh menyalahkan pihak media kerana mereka hanya melaporkan apa yang ingin dibaca oleh orang ramai. Majoriti. Jadi kisah politik adalah majoritinya.
Apa yang ingin saya sampaikan disini adalah, saya melihat situasi ini hanya mengundang kecewa dan padah kepada segelintir masyarakat yang benar-benar memerlukan pertolongan dan bantuan baik dari YB, parti politik mahupun media massa.
Kisah-kisah kesengsaraan segelintir masyarakat yang benar-benar terdesak dalam kehidupan, seperti untuk mencari sesuap nasi pun…hanya menjadi cebisan-cebisan yang barangkali sekadar untuk memenuhkan ruang kosong yang ada. Seolah-olah ketua kampung, YB atau wakil rakyat tidak ada lagi waktu untuk melayan masalah-masalah yang dihadapi rakyat pimpinan mereka.
Orang ramai mula nampaknya tidak peduli tentang nasib-nasib masyarakat seperti ini yang serba kekurangan dan memerlukan kerana dibayangi isu-isu politik, isu-isu sensitif dan sebagainya.
Sampai bila keadaan ini harus berterusan? Entahlah..tiada siapa yang tahu. Jadi barangkali tahun ini tahun malang bagi rakyat jelata yang cuba meraih simpati bagi meringankan bebenan hidup mereka.
Mohd Zainuddin Che Ismail
Untuk episod pertama kenali blogger malaysia.Saya berjaya mencuri masa saudara Din Beramboi.Beliau memang seorang blogger yang senang diajak berbicara dan paling Read more »
Sudah Bayar Zakat
Sudah 2 minggu berlalu bulan Ramadhan.Bulan yang penuh dengan keberkatan.Disamping mengerjakan ibadah puasa , jangan di lupa untuk menunaikan satu lagi kewajipan umat islam.Tanggungjawab yang perlu Read more »




Komen Terkini