16 September 2008 Pasti Tiba
Semua orang pasti sedang menunggu apa yang akan berlaku pada 16 September 2008.Tarikh 16 September pasti akan kita temui dan hadapinya.Tidak ada sesiapa pun di dunia ini dapat meramal apa yang akan berlaku pada tarikh tersebut.Hanya Allah S.W.T sahaja yang mengetahui apa akan berlaku pada hari esok , seterusnya , 16 September 2008 sehingga selama-lamanya.
Bila sebut 16 September teringat saya kepada 11 September 2001.11 September 2001 adalah satu tarikh yang mengembarkan seluruh dunia dimana bangunan WTC yang terletak di New York , Amerika Syarikat diserang menggunakan pesawat komersil.Akibat tragedi tersebut seluruh umat Islam (betul ke umat islam yang melakukannya) dilabel sebagai penganas.Mungkin ada segelintir umat islam yang berindak sedemikian.Namun ajaran Islam tidak mengajar umatnya bertindak sedemikian.
Berbalik kepada isu 16 September 2008 , ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata bahawa ramai Anggota Parlimen BN akan menyertai pembangkang bagi membolehkan mereka membentuk kerajaan pada 16 Sept ini.Adakah cita-cita pembangkang akan termakbul ? Mengapa Datuk Seri Anwar Ibrahim memilih 16 September 2008 sebagai hari membentuk kerajaan baru ? Saya sendiri belum pasti tapi artikel yang ditulis saudara Reformis Melayu boleh dibaca sebagai “omong-omong kosong”.
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata tidak ada Anggota Parlimen Barisan Nasional yang akan meninggalkan parti itu menjelang 16 Sept ini untuk menyertai pembangkang menubuhkan kerajaan baru.“Saya pastikan 16 Sept tidak akan berlaku. Pakatan Rakyat bergantung kepada ahli-ahli parti kita untuk meninggalkan kita tetapi orang kita tidak akan meninggalkan kita,” kata Perdana Menteri.“Kita tidak akan beri peluang untuk mereka menubuhkan kerajaan pada 16 Sept. Tidak,” kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi .
Betul kata Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi , adalah lebih wajar jika perhatian diberi kepada usaha meningkatkan kemajuan negara.Jika difikir-fikirkan lebih baik kekalkan kerajaan sekarang daripada tubuhkan kerajaan baru.Kerajaan sekarang kita sudah tahu baik dan buruknya.Kerajaan baru , kita belum tahu baik dan buruknya.Saya tidak mahu mempertaruhkan Malaysia kepada hadiah yang belum tentu.Saya menyokong kerajaan yang ada sekarang dan saya menyokong pembangkang yang ada sebelum ada Pakatan Rakyat.Salah tetap salah , benar tetap benar.Sama-samalah kita fikir.
Kredit :
http://www.utusan.com.my
http://www.hmetro.com.my
http://www.bernama.com/
http://www.bharian.com.my/
Tags: 11 september, 16 september, bn, isu politik semasa, lompat parti, pakatan rakyat, pkr




September 6th, 2008 at 1:51 pm
harapan aku semoga tiada perkara buruk berlaku… amin.
[Reply]
kita Reply:
September 6th, 2008 at 2:27 pm
sama-sama lah kita doakan ..amin
[Reply]
September 6th, 2008 at 4:01 pm
16 September 2008 Pasti Tiba | KongsiBlog.Com^Suara Orang Kita…
Semua orang pasti sedang menunggu apa yang akan berlaku pada 16 September 2008.Tarikh 16 September pasti akan kita temui dan hadapinya.Tidak ada sesiapa pun di dunia ini dapat meramal apa yang akan…
September 6th, 2008 at 8:36 pm
betul juga.. tumpuan seharusnya diberikan kepada kemajuan negara.
namun, jika ia berlaku dan memberi impak positif kepada negara, bagusla.
semoga Malaysia sentiasa dalam keadaan aman dan sejahtera. Amin.
[Reply]
September 7th, 2008 at 5:33 pm
Melompat parti? Antara maruah, protes atau kedudukan? Mana2 pemimpin yang sanggup melakukan demikian pastinya tahu risiko yg bakal dihadapinya.
Jika benar2 16 september berlaku, yang pastinya maruah pemimpin2 yg melompat parti ini tidak lagi akan disanjung, malah berada pada tahap yang sangat hina dan akan dianggap pembelot, lemah, dan tiada wibawa.
Genghis Khan pernah pancung orang-orang yang belot, bukan kepada dirinya tetapi kepada ketua musuhnya kerana baginya golongan yang belot kepada pemimpin disaat pemimpinnya menghadapi kesukaran adalah orang yang tidak boleh dipercayai…dan tidak patut berada dan berjuang bersama beliau.
Fikirkan lah…
[Reply]
September 8th, 2008 at 10:37 pm
16 sept.
ngeri
[Reply]
lennon Reply:
September 9th, 2008 at 11:56 pm
Betul cakap kotaro , hari ini pemimpin boleh belot parti sendiri, hari esok mereka boleh belot
negara.Bukankah pilihan raya telah berlalu , kenapa Dr seri Anwar tidak boleh menhormati
keputusan yang telah diambil rakyat? setiap hari melaung refomasi , pada saya ini refomasi untuk kepentingan Anwar sendiri.Bukankah beliau selaku ketua pembangkang mempunyai
tugas yang lebih bemakna check and balance kerajaan bn sekarang?
[Reply]
September 16th, 2008 at 4:44 pm
Emm..dah nak abis waktu pejabat nie…takde pe2 pun yang berlaku hari ni (16 September)…Cam biasa jer..
[Reply]
September 19th, 2008 at 9:59 pm
16 sep. pasti akan menjadi realiti mngkn bkn skarng tapi tnggu ler nnt…cba kalian fkirknlah dgn tdak semena-mena Datuk Abdullah boleh mnyerahkan portfolio menteri kewanagn kepada Najib.beliau ingin menyelamatkan diri beliau bkan menyelamatkan rakyat yang sedang kesengketan wang ringgit….harga mnyak dunia dah turun dari USD$145 kepada USD$91setong jadi APA TUNGGU LAGI???????LU PIKIR LA SENDIRI
[Reply]