Bakar Lemang Guna Mesin
Lemang adalah salah satu makanan tradisi masyarakat Melayu.Kebiasaanya lemang menjadi menu utama pada hari raya aidilfitri.Proses untuk menyiapkan juadah ini boleh dikatakan agak rumit , lebih-lebih lagi proses memasak.
Lemang dibuat menggunakan beras pulut dicampur dengan santan kelapa.Beras santan akan dimasukkan ke dalam buluh bersama santan dan di salai diatas api sehingga masak.Ramai yang beranggapan proses ini merumitkan kerana prosesnya yang mengambil masa yang agak lama.Lebih-lebih lagi terpaksa berhadapan dengan “miang buluh”.”Miang buluh” adalah bahan yang melekat pada buluh , jika terkena pada kulit boleh menyebabkan kegagatalan.
Namun dengan kemajuan teknologi pada masa sekarang , proses untuk memasak lemang dipermudahkan dengan terhasilnya mesin “Pembakar lemang mudah alih” yang menggunakan tenaga elektrik.Mesin ini dihasil oleh sekumpulan pelatih dan tenaga pengajar dari Pusat Giat Mara Petaling Jaya Utara.Maklumat lanjut boleh baca di Utusan Malaysia




Komen Terkini