KongsiBlog.Com
Blog Suara Hati Seorang Blogger Malaysia Mengenai Isu-Isu Semasa Yang Patut Diambil Iktibar

 Powered by Max Banner Ads 
Posted by Sabri Ahmad on August 9th, 2008

Hari ini akan berlangsungnya forum memeluk Islam yang dianjurkan oleh Majlis Peguam Malaysia.Walaupun bantahan dibuat oleh dua ahli Majlis Angkatan Antara NGO-NGO Islam (Mapan) , forum tersebut tetap diteruskan.Forum tersebut diadakan bagi menyelesaikan masalah antara Mahkamah Sivil dengan Mahkamah Syariah.Mahkamah sivil adalah mengikut undang-undang yang direka oleh manusia.Mahkamah syariah mengikut undang-undang yang ditetap oleh Nya.

Sepatutnya forum tersebut tidak diteruskan kerana boleh mengundang perkauman dan mengugat kestabilan negara.Tidak patut orang bukan Islam membincang hal-hak mengenai agama Islam kerana mereka semua bukan orang Islam.Hanya orang islam yang berhak jika ada masalah.Begitulah juga dengan agama lain.Hanya penganut agama tersebut yang yang berhak.

Menurut Mapan, perbincangan secara forum seperti perbincangan Artikel 121 (1A) akan memperlihatkan Majlis Peguam sebagai badan yang mempertikaikan isu dan hak keistimewaan Islam selain mencabar kuasa Raja-Raja Melayu. – Utusan

Naib Presidennya, Ragunath Kesavan berkata, pihaknya menekankan sekali lagi bahawa forum itu bukan mempertikaikan Artikel 121 (1A) atau mempersoalkan Islam atau statusnya sebagai agama rasmi seperti tertera dalam Perlembagaan Persekutuan. – Utusan

Forum ini tidak dapat menyelsaikan masalah sebaliknya mendatangkan masalah.Jika mahu hidup dalam keadaan aman damai hentikan mengadakan forum yang berunsur sensitif islam dan bangsa.

Baca Artikel Yang Berkaitan

Leave a Reply

You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>