Jangan Hina Bendera Malaysia

Saya cukup terpukul dengan tindakan seorang rakyat yang mengaku rakyat Malaysia tetapi menghina bendera negaranya sendiri. Adakah dia layak untuk menjadi anak Malaysia sedangkan dia tidak menghormati bendera Malaysia.


Pada pandangan insan yang “bodoh” bendera hanya satu lambang sahaja.Namun bagi insan yang cerdik ia penuh dengan seribu makna.Sebelum melakukan sesuatu tindakan , fikir lah secara matang dan rasional.Allah S.W.T memberi kita akal dan fikiran untuk berfikir bukan untuk diperam menjadi pekasam.

Walaupun dia begitu marah dengan Pak Lah, tetapi janganlah salahkan bendera negara Malaysia. Saya sebagai anak Malaysia cukup marah dan saya tahu masih ramai lagi rakyat Malaysia yang bengang dengan tindakan yang tidak bijak itu.Mungkin tidak ada kepuasan dalam hati setiap rakyat dalam pimpinan sekarang tapi kita tetap warganegera Malaysia walau apa pun yang terjadi.Janganlah kerana nyamuk seekor kelambu di bakar.

Kerana blooger seperti kamu lah menyebabkan nama blogger yang berjasa untuk negara tercemar.Tidak ada isu lainkah untuk kamu tulis.Jangan bazirkan masa kamu dengan menulis perkara yang menyusahkan kamu dan orang lain.Pesanan untuk blogger lain marilah kita sama-sama nasihat dan hentam orang seperti Kickdefella Kurang Cerdik.

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyifatkan cadangan dari seorang penulis blog supaya rakyat mengibarkan bendera Malaysia secara terbalik sempena sambutan Hari Kemerdekaan sebagai satu perbuatan “kurang ajar.”

Perdana Menteri berkata perbuatan sedemikian bukan lagi boleh disifatkan sebagai satu perbuatan nakal tetapi amat jahat.

“Itu kurang ajar (bendera terbalik), tiada hormat langsung dengan bendera kita, apa yang marah sangat dengan bendera Malaysia,” katanya kepada pemberita
selepas menghadiri Jambori Keamanan Antarabangsa Ketiga Pengakap di Melaka hari ini.

Abdullah berkata penulis blog itu cuba mencetuskan satu idea tanpa memikirkan kesan selanjutnya, demikian menurut laporan Bernama.

“Sahaja nak bagi orang susah dengan buat cerita yang bukan-bukan,” katanya.

Beliau berharap polis akan menyiasat perkara itu dan mengambil tindakan yang sewajarnya.

Cadangan untuk mengibarkan bendera Jalur Gemilang secara terbalik itu dicetuskan oleh penulis blog berasal dari Kelantan, Kickdefella, melalui catatannya pada 4 Ogos lalu.

Kata penulis blog itu, pengibaran Jalur Gemilang secara terbalik merupakan satu perkara yang diterima oleh masyarakat antarabangsa sebagai satu simbol
kecemasan, dan beliau meminta rakyat melakukannya bagi menyatakan bahawa negara ini sedang dalam keadaan tertekan.

Cadangan beliau bagaimanapun mendapat bantahan dari rakyat Malaysia dari pelbagai kaum termasuk juga dari penyokong pembangkang.

Seorang pelawat blog itu menulis bahawa jika di India, pengibaran bendera negara secara terbalik tidak diterima sebagai simbol kecemasan antarabangsa sebaliknya merupakan penghinaan kepada negara itu.-Malaysiakini

Tags: , , ,

Random Posts

4 Responses to “Jangan Hina Bendera Malaysia”

  1. kotaro:

    smlm aku g tesco beli bendara..dgn syoknya dan hapinya dihati aku gantung bendera kat depan rumah aku. Bila dia berkibar2 ditiup angin..wah..bangganya aku.

    Tiba2 pagi nie aku buka blog ko baca pasal org menterbalikkan bendera malaysia…

    kecewanya hatiku!!

    [Reply]

  2. Shila:

    Bendera lambang negara kita…
    Bendera lambang dan jiwa masyarakat kita..
    Saya rasa perbuatan menterbalikkan bendera ni bukan tahap kurang ajar lagi,malah lebih dari itu!
    Ramai yang bertanya,kenapa hari kebangsaan kali ini hambar sekali?Kenapa tak banyak bendera yang dikibar? Sebenarnya tahun ini kementerian kita mengurangkan pemberian bendera percuma.
    Sebagai rakyat Malaysia,kita harus ada patritisme yg tingi.Jangan hanya tahu bercakap. Keluar lah ke kedai dan beli sendiri bendera untuk dikibarkan di hadapan ruma masing-masing.

    Kalau bukan kita yang sayangkan negara kita,siapa lagi?
    Jangan hanya kerana nila setitik,rosak susu sebelanga..
    Sedih saya melihat negara masakini….

    [Reply]

  3. pemerhati:

    Saya setuju dengan pemdapat anda. Bendera Malaysia adalah lambang betapa bangganya kita menjadi warga Malaysia. Betapa kita memperingati dan memahami sejarah dan susah payah pejuang dahulu untuk mendapatkan kemerdekaan daripada British dulu. Walau sepanas mana pun rasa tidak puas hati terhadap kerajaan tapi bukan membantah dengan menerbalikkan bendera Malaysia.

    Sekadar Cetusan Rasa

    [Reply]

  4. Waras:

    Hanya org yg tak waras spt dia saja yg buat begitu. Rakyat Malaysia lain semuanya marah dgnnya. Geram !Itu maknanya dia orng asing.

    [Reply]

Leave a Reply

  • 1
  • ...
  • ...
  • 0

Langgan Berita Hot

Sila masukkan email anda jika anda ingin berita terkini dari KongsiBlog.com dihantarkan terus ke email anda:

Delivered by FeedBurner

VIP MyBlogLog

Alexa