Jangan Terlalu Ghairah Berbelanja Ye.!
Hari rabu ni bersamaan 1 Syawal dah confirm raya kan. Jadi persediaan untuk raya dah siap ke?..Kalau shopping last minit ni kelam kabut la sikit, kat shopping kompleks pun sure sesak punya.. tapi meriah juga tengok suasana macam tu.
Tapi kena beringat dalam munguruskan perbelanjaan untuk raya ni..kena buat bajet dengan teliti. Jangan pulak habis raya ni, duit pun habis jugak..nanti kita juga yang susah kan..Seelok-eloknya bajet untuk lepas raya kita asingkan awal-awal..Jangan terlalu ghairah dalam berbelanja tau. Apa salahnya kita menyambut hari raya secara bersederhana kan.
Pada sesiapa yang masih menerima duit raya tu, bolehlah tambah dalam simpanan yang sedia ada tu..Pada sesiapa yang ‘kena’ memberi duit raya tu jangan risau lak, berilah setakat yang kita mampu, lagipun amalan memberi duit raya ni bukanlah sesuatu yang wajib, ianya hanyalah satu adat jer..
Anyway, pada sesape yang nak balik kampung tu, berhati-hati di jalan raya ye. Make sure everything dalam keadaan yang terbaik. Saya pun nak balik kampung kat Kelate ni.. Tak sabar dah rasanya nak berkumpul dengan adik beradik..Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri buat anda semua..
Tags: bajet hari raya




September 27th, 2008 at 10:56 pm
Jangan Terlalu Ghairah Berbelanja Ye.! | KongsiBlog.Com^Suara Orang Kita…
Hari rabu ni bersamaan 1 Syawal dah confirm raya kan. Jadi persediaan untuk raya dah siap ke?..Kalau shopping last minit ni kelam kabut la sikit,…