Kenderaan Raya ! Dua Antara Sepuluh

Tidak sampai seminggu lagi . umat islam akan menyambut hari raya aidilfitri.Kebiasaanya seminggu sebelum raya . jalan raya akan dipenuhi dengan kenderaan.Masing-masing akan memandu berlumba untuk sampai ke kampung halaman.Ada yang memandu dengan kenderaan sendiri , perkhidmatan awam dan menumpang kenderaan kawan.

Bagi mereka yang balik kampung menggunakan kenderaan sendiri pastikan menyemak 10 perkara penting.Perkara yang perlu di ambil perhatian adalah tayar , minyak enjin , sistem brek , Stering Berkuasa , Sistem Transmisi , Bateri , Penapis Angin & Minyak , Penyejuk Udara , Radiator dan Palam Pencucuh.Maklumat penuh Megat

Diantara 10 perkara diatas , 2 perkara yang paling wajib anda perhatikan adalah tayar dan sistem brek.
Pastikan tayar mempunyai trek bunga yang sepatutnya (kalau boleh jangan guna tayar celup), angin dalam tayar , kedudukan tayar .Sistem brek juga memainkan peranan sangat penting , pastikan anda memeriksa cakera brek , minyak brek dan pad brek.Nanti kalau ada lembu melintas jalan secara tiba-tiba takkan nak brek guna kaki seperti naik basikal :p.

Bagi orang islam sebelum memulakan perjalanan , baca doa naik kenderaan untuk memohon perlindungan dari Allah S.W.T


Ertinya: maha suci Tuhan yang memudahkan kenderaan ini bagi kami, sedangkan kami tiba dengan mudah dengannya dan kepada Allah kami kembali.Sumber Jabatan Mufti Negeri Selangor

Tags: , , , , , , , ,

5 Responses to “Kenderaan Raya ! Dua Antara Sepuluh”

  1. negaraku.net:

    Kenderaan Raya ! Dua Antara Sepuluh | KongsiBlog.Com^Suara Orang Kita…

    Tidak sampai seminggu lagi . umat islam akan menyambut hari raya aidilfitri.Kebiasaanya seminggu sebelum raya . jalan raya akan dipenuhi dengan kenderaan…

  2. megat:

    yup antara yang wajib diperiksa dan perlu tukar jika rosak.

    terima kasih backlink ;)

    [Reply]

    Sabri Ahmad Reply:

    sama-sama bro….saya balik kampung hari ini dan bercuti selama seminggu…mesti rindu pada blog :( kerana tidak dapat update dengan berita terkini

    [Reply]

  3. shaxx:

    jangan lupa renew roadtax and lesen kalo dah KO… naiya nanti…

    [Reply]

  4. KNizam:

    selamat hari raya aidilfitri 1429H
    maaf zahir batin….hohoho baliikkk kammppunggg. hehe :)

    [Reply]

Leave a Reply

  • 1
  • ...
  • ...
  • 0

Langgan Berita Hot

Sila masukkan email anda jika anda ingin berita terkini dari KongsiBlog.com dihantarkan terus ke email anda:

Delivered by FeedBurner

VIP MyBlogLog

Alexa