Apa Sebenarnya Perjuangan Hindraf

Apa sebenarnya perjuangan Hindu Rights Action Force (Hindraf ) ? Betulkah mereka membela nasib kaum India ? Jika betul membela nasib kaum India , bukan begini caranya.Isu Hindraf mendapat perhatian ekoran tindakan para penyokong Hindraf mencetuskan kekecohan sewaktu menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Perdana Menteri dan menteri-Menteri Kabinet di Pusat Dagangan Dunia Putra pada hari raya pertama.

Adakah mereka betul-betul membela nasib lima pemimpin Hindraf yang kini ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ? Mungkinkah mereka di peralatkan oleh golongan tertentu ? Apa pun alasan mereka , tindakan menyerbu dan membuat kecoh semasa Rumah Terbuka Aidilfitri Perdana Menteri dan menteri-Menteri Kabinet di Pusat Dagangan Dunia Putra pada hari raya pertama adalah tidak patut.Banyak lagi cara yang boleh digunakan.

Mereka sememangnya tidak menghormati perayaan bagi orang Islam.Amat wajar jika tindakan keras dikenakan pada pertubuhan haram seperti ini.Pernahkah orang islam membuat kacau semasa perayaan agama lain ?

Saya percaya tidak semua masyarakat India yang menyokong tindakan Hindraf yang keterlaluan.Mereka yang menyokong pertubuhan Hindraf adalah mereka yang berfikiran cetek dan mempunyai agenda tersendiri.

Tags: , , , , , ,

2 Responses to “Apa Sebenarnya Perjuangan Hindraf”

  1. negaraku.net:

    Apa Sebenarnya Perjuangan Hindraf | KongsiBlog.Com^Suara Orang Kita…

    Apa sebenarnya perjuangan Hindu Rights Action Force (Hindraf ) ? Betulkah mereka membela nasib kaum India ? Jika betul membela nasib kaum India…

  2. Hindraf Haram Untuk Negara | KongsiBlog.Com^Suara Orang Malaysia:

    [...] Sebelum ini saya menulis mengenai apa sebenarnya perjuangan Hindraf ?.Mengikut berita yang saya perolehi , pertubuhan Hindu Rights Actions Force (Hindraf) di [...]

Leave a Reply

  • 1
  • ...
  • ...
  • 0

Langgan Berita Hot

Sila masukkan email anda jika anda ingin berita terkini dari KongsiBlog.com dihantarkan terus ke email anda:

Delivered by FeedBurner

VIP MyBlogLog

Alexa