Sunyi Sepi Bulan Kemerdekaan Ke 51 Tahun

Sunyi sepi aku rasa bulan kemerdekaan tahun ini.Kalau sebelum ini negara kita berwarna warni di hiasai kibaran bendera Malaysia, tapi kali ini tidak.Media masa elektronik juga turut serta menyepikan diri.Seperti kata Ismail dalam blog beliau tahun ini kita tidak merdeka , yay.Kalau sebelum ini dalam siaran tv dan radio pasti bergema iklan dan lagu kemerdekaan.

Hari ini Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pagi ini melepaskan kira-kira 7,000 peserta yang menyertai Larian Perpaduan Merdeka 2008 di Dataran Merdeka di sini.Majlis tersebut dihadiri Datin Seri Jeanne Abdullah; Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Dr. Ng Yen Yen; Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mustapa Mohamed dan Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.

Mengapa tahun ini sambutan kurang meriah ? Adakah rakyat , kerajaan dan swasta terlalu sibuk dengan isu-isu panas yang melanda sejak kebelakangan ini.Adakah isu tersebut lebih penting dari sambutan hari kemerdekaan Malaysia.Aku bukan lah seorang pejuang kemerdekaan tetapi aku salah seorang yang akan sentiasa menjunjung kemerdekaan.

Wahai blogger-blogger Malaysia atau penulis blog Malaysia.Sambutlah bulan kemerdekaan Malaysia seperti seorang blogger Malaysia.Sama-sama kita fikir-fikirkan !

Tags: ,

Random Posts

One Response to “Sunyi Sepi Bulan Kemerdekaan Ke 51 Tahun”

  1. izzat:

    betul… ak perasan gak.. tahun ni agak suram.. mungkin keadaan semasa negara skrang agak tidak stabil dengan masalah politik, kontroversi, konspirasi yang semakin kompleks.. mana mungkin ada masa untuk fikirkan hal seremeh sambutan hari kemerdekaan… kita tgk macam mana kesudahannya… :D

    [Reply]

Leave a Reply

  • 1
  • ...
  • ...
  • 0

Langgan Berita Hot

Sila masukkan email anda jika anda ingin berita terkini dari KongsiBlog.com dihantarkan terus ke email anda:

Delivered by FeedBurner

VIP MyBlogLog

Alexa