Minyak Turun 10 Sen
Kerajaan hari ini mengumumkan penurunan harga minyak sebanyak 10 sen bagi setiap liter berkuatkuasa esok.Bermula esok harga minyak petrol jenis RON 97 kini turun kepada RM2.45 berbanding sebelum ini RM2.55 seliter manakala harga RON 92 pula turun kepada RM2.30 seliter berbanding sebelum ini RM2.40
Harga minyak diesel diturun juga sebanyak 10 sen, kepada RM2.40 seliter berbanding sebelum ini RM2.50.
Keputusan ini dibuat dalam mesyuarat jemaah menteri hari ini.Keputusan ini diambil setelah mengambil kira harga purata minyak dunia yang semakin menurun sejak akhir-akhir ini.
Apa pendapat anda dengan keputusan kerajaan menurunkan harga minyak sebanyak 10 sen?
Tags: harga minyak terkini, minyak dunia, minyak malaysia, minyak turun




September 24th, 2008 at 10:59 pm
Minyak Turun 10 Sen | KongsiBlog.Com^Suara Orang Kita…
Kerajaan hari ini mengumumkan penurunan harga minyak sebanyak 10 sen bagi setiap…
September 25th, 2008 at 12:20 am
alhamdulillah, turun lagi…
[Reply]
September 25th, 2008 at 12:48 am
Amat baik bagi mereka yang suka berjimat cermat…tp takde bezanya bagi orang2 yang suka membazir wang ringgit membeli benda2 yang tak diperlukan seperti rokok, arak, dan mcm2 lagi.
Gologang yang tak berjimat nie akhirnya akan tetap menyalahkan kerajaan yang kononnya tak tahu kawal inflasi.
*** tgh study pasal inflasi..apa puncanya??
[Reply]
kita Reply:
September 25th, 2008 at 7:59 am
satu komen yg bernas…kalau kerajaan tak bagi lain lak alasan..kalau kerajaan bagi lain lak alasan….tak pernah bersyukur katakan
[Reply]
September 25th, 2008 at 8:39 am
Syukurlah minyak dah turun walaupun 10 sen.
Hal ni sikit sebanyak mesti menggembirakan
kebanyakan pihak. Maklumlah, tak lama lagi kan
dah nak raya.
[Reply]