‘Pokai’ Selepas Raya..

Salam buat semua…
Bagaimana sambutan hari raya kalian?..mesti meriah sakan kan!! sekali setahun dapat berkumpul dan berjumpa sanak saudara memang perkara yang membahagiakan. Dapat juga mintak maaf di atas segala kesalahan dan keterlanjuran kata atau perbuatan dengan saudara-saudara kita..

Hari ini dah 6 Syawal..suasana hari raya masih terasa walaupun dah mula bekerja. Ada yang bawa biskut raya untuk di makan bersama kawan-kawan di pejabat. You all tak buat open house ke?..

Macam mana dengan belanjawan hari raya ni? Sebelum raya, saya ada la buat bajet untuk raya agar tak terlebih guna. Tapi….ter’over’ bajet jugak. Al-maklumlah anak-anak buah ramai, duit keluar laju jer. Kalau tak bagi duit raya, tak terasa pulak kemeriahannya. Budak-budak sekarang pulak, ishhh…Reti nak banyak jer..Kalau setakat bagi rm2-3 tu, diorang ‘jebek’ jer..Tapi kita bagi takat yang termampu dah ler, janji ikhlas..:-)

Sekarang ni pokai la sikit, baki duit raya ada la lagi tapi cukup-cukup makan jer untuk menampung hidup seminggu dua lagi. Rasanya macam tak cukup jer nak belanja sampai hujung bulan ni..Kalian macam nama pulak??

Tags:

Random Posts

3 Responses to “‘Pokai’ Selepas Raya..”

  1. negaraku.net:

    ‘Pokai’ Selepas Raya.. | KongsiBlog.Com^Suara Orang Kita…

    Bagaimana sambutan hari raya kalian?..mesti meriah sakan kan!! sekali setahun dapat berkumpul dan berjumpa sanak…

  2. shaxx:

    aku pokai sebab byk abis repair keta tua aku hahahah

    [Reply]

    Sabri Ahmad Reply:

    :)..jgn kata keta tua..merajuk nanti dia

    [Reply]

Leave a Reply

  • 1
  • ...
  • ...
  • 0

Langgan Berita Hot

Sila masukkan email anda jika anda ingin berita terkini dari KongsiBlog.com dihantarkan terus ke email anda:

Delivered by FeedBurner

VIP MyBlogLog

Alexa