Datuk Seri Anwar Ibrahim Menang di Permatang Pauh

Setelah bermacam-macam masalah , ragam calon dan pengundi akhirnya keputusan terhasil.Tahniah kepada mereka yang terlibat menjayakan proses demokrasi.Demokrasi yang adil membentuk negara yang membangun dan aman.

Parti Keadilan Rakyat (PKR) mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh setelah penasihat parti itu Datuk Seri Anwar Ibrahim menang dengan majoriti 15,671 undi pada pilihan raya kecil kawasan itu hari Selasa.Beliau mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Arif Shah Omar Shah, mendapat 15,524 undi manakala calon Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) Hanafi Mamat, mendapat 92 undi.

Pada pilihan raya umum 8 Mac lepas, Dr Wan Azizah menang ke atas calon BN Datuk Pirdaus Ismail dengan majoriti 13,398 undi.Selepas itu Dr Wan Azizah meletak jawatan bagi memberi peluang kepada suaminya bertanding.Sokongan terhadap PKR meningkat dengan majoriti peningkatan sebanyak 2273 undi.

Keputusan ini diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Roslan Yahaya pada pukul 10.02 malam di Dewan Aminuddin Baki, Institut Perguruan Tuanku Bainun.Dengan ini Datuk Seri Anwar Inrahim akan memasuki Parlimen dan akan menjadi ketua pembangkang bagi Pakatan Rakyat.

Semoga Seri Anwar Ibrahim akan berkhidmat dengan jujur dan amanah bagi membela nasib rakyat.Bagi yang tidak berjaya , itu adalah lumrah dalam pertandingan.Tidak semestinya bergelar YB , baru boleh berkhidmat untuk masyarakat.Setiap warganegara wajib berkhidmat untuk rakyat Malaysia.

Tags: , ,

One Response to “Datuk Seri Anwar Ibrahim Menang di Permatang Pauh”

  1. nabihah:

    alhamdulillah!!!!!(^^,)
    kebesaran ALLAH…….
    wlu besar rintangan&cubaan yang dtg,akhirnya Datuk Seri Anwar Ibrahim menang besar mengalahkan parti lain dlm pilihanraya kecil permatang pauh…saya yang x mengetahui keputusan itu pd pagi td bru berpeluang melayari internet di perpustakaan kerana kesuntukan masa dgn jadual kelas yang padat……
    semoga Datuk Seri Anwar Ibrahim dpt menjalankan tanggungjawab ke atas apa yang telah di amanahkan oleh rakyat dengan sebaiknya….bawalah negara kita ke arah sebuah hadhari yang sebenar…..uhibbukifillah ala’ ibad fi sabilirrasyad……

    [Reply]

Leave a Reply

  • 1
  • ...
  • ...
  • 0

Langgan Berita Hot

Sila masukkan email anda jika anda ingin berita terkini dari KongsiBlog.com dihantarkan terus ke email anda:

Delivered by FeedBurner

VIP MyBlogLog

Alexa