KongsiBlog.Com
Blog Suara Hati Seorang Blogger Malaysia Mengenai Isu-Isu Semasa Yang Patut Diambil Iktibar

 Powered by Max Banner Ads 
Posted by Sabri Ahmad on December 9th, 2009

VIENTIANE – Skuad bola sepak kebangsaan meraih tiga mata yang diperlukan dalam misi untuk ke separuh akhir acara bola sepak Sukan SEA apabila menang 4-0 ke atas Kemboja di sini, semalam.

Bangkit pada separuh masa kedua memastikan kemenangan besar buat skuad K. Rajagobal selepas dikekang lawan dalam babak pertama.

Barisan serangan yang tumpul dan jarang melakukan gerakan menarik, menyebabkan skuad negara terpaksa menunggu sehingga minit ke-35 untuk menghasilkan gol pembukaan menerusi Abdul Manaf Mamat

Jaringan itu menjadi detik kebangkitan buat Malaysia apabila giliran Norshahrul Idlan Talaha menokok gol kedua pada minit ke-76.

S. Kunanlan meledak gol ketiga pada minit ke-81 untuk memastikan Malaysia terus selesa sebelum Shafiq Rahim menamatkan permainan menerusi jaringan penalti pada minit ke-85.

Kemenangan 4-0 itu merupakan bekalan terbaik untuk bertemu Thailand pada Jumaat ini yang mana skuad kebangsaan perlu menang untuk layak ke separuh akhir.

Rajagobal yang lega dengan kemenangan tersebut berkata, kejayaan membenam Kemboja melonjakkan semangat pemain setelah kalah 1-3 kepada Vietnam, kelmarin.

“Kita telah mendapat bekalan terbaik apabila bertemu Thailand nanti.

“Jadi, jika kita mahu ke separuh akhir, inilah peluangnya dengan mengalahkan Thailand.

“Memang kita akui Thailand sebuah pasukan yang baik, tetapi kemenangan ke atas Kemboja ini membuktikan kita tidak kurang hebatnya berbanding mereka,” katanya.

Perlawanan yang dijangka mudah semalam, sebaliknya hampir bertukar detik malang apabila Kemboja mempamerkan permainan bertenaga dan acap kali mencemaskan benteng pertahanan skuad negara pada babak pertama.

Barisan serangan skuad negara kurang bermaya akibat ketiadaan Zaquan Adha Abdul Razak yang digantung kerana menerima kad merah ketika kalah kepada Vietnam.

Gandingan Norshahrul Idlan Talaha, Abdul Manaf dan S. Kunanlan gagal memberi tekanan serius kepada benteng pertahanan lawan.

Jaringan Abdul Manaf mencetuskan sedikit peningkatan mutu permainan apabila dia mudah menewaskan penjaga gol Kemboja, Samrith Seiha selepas mendapat hantaran jauh dari bahagian pertahanan.

Asakan bertali arus Kemboja hampir membawa padah kepada skuad kebangsaan apabila dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-44.

Pemain Kemboja, Kouch Sokumpheak berjaya meletakkan bola ke gawang hasil penalti yang mengelirukan Mohd. Sharbinee Allawee.

Namun, pengadil dari Maldives, Saleem Ali mengarahkan Sokumpheak melakukan sekali lagi sepakan penalti dan Mohd. Sharbinee tidak melakukan kesilapan apabila tepat mengagak sepakan penalti kedua.

Mohd. Sharbinee sekali lagi menyelamatkan gawang daripada dibolosi apabila kemas menepis sepakan bebas pemain lawan pada minit ke-64. – Utusan

Random Posts

5 Responses to “Pasukan Bola Sepak Malaysia Raih Semula Keyakinan”

  1. Sabri saya sebenarnya suka dengan bola sepak. Tetapi perkembangan bola sepak Malaysia begitu mendukacitakan saya. Sebenarnya Malaysia mempunyai potensi dalam sukan ini, tetapi untuk bangkit sepeti kelab-kelab dunia rasanya jauh sangat kerana semangat sukan kita pun masih berlum setanding dengan dunia. Masalah pengurusan, campur tangan mereka yang tidak arif tentang bola, masalah gaji pemain itu semua adalah perkara-perkara yang perlu diperbaiki sebelum kita bangkit mencintai bola sepak.

    Reply

    Sabri Ahmad Reply:

    sama aaaa…dulu minat bola…sekarang semua bola tak minat :)

    Reply

  2. Insya-Allah,jika Malaysia terus berusaha dan menggunakan posisi menyerang,ada peluang untuk menang..

    Malaysia kuat dalam menyerang tetapi lmh dalam bertahan

    Reply

    Motivasi Kerja Reply:

    Mudah-mudahan begitulah. Yang selalunya berlaku Malaysia main acuh tak acuh je masa Final. Selalunya begitulah. Harap-harap kali ni main betul2..hehe

    Reply

  3. dell

    Sekiranya semua pemain2 Malaysia mempunyai ketinggian sekurang2nya 175cm ke atas serta susuk badan yg tegap,skil dan corak permainan yg mantap,pasti pasukan2 Eropah pun gerun dgn pasukan Malaysia.

    Reply

Leave a Reply

You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>